Wednesday, August 02, 2006

Komando Israel Gempur Hospital

Sepasukan komando Israel menggempur hospital di bandar di utara Lubnan dengan tiga helikopter. Mereka mendarat dan memasuki hospital di bandar Baalbeck kira-kira 90km ke utara sempadannya.

Askar Zionis itu dilaporkan mengepung dan memeriksa kakitangan hospital itu. Pertempuran dilaporkan sebelum mereka meninggalkan Baalbeck.

Misi sebenar mereka belum dapat dipastikan tetapi dipercayai untuk menculik pemimpin Hizbullah di hospital yang dibiayai Iran itu.

Israel dilaporkan mula mengerah bala tentera di sempadan Lubnan untuk serangan darat besar-besaran.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home