Friday, August 31, 2007
Tuesday, August 28, 2007
Zionisme terus cipta sejarah hitam untuk takluk dunia
Oleh Wan Hazmir Bakar
(BH 28 Mei 2002, p.10)
TANGGAL 21 Mac, 2003, membawa pengertian berbeza kepada pelbagai kelompok masyarakat dunia. Kepada hamba media massa Amerika dan sekutunya, ia adalah permulaan Perang Teluk Kedua bagi menukar rejim pemerintah di Iraq. Kepada pencinta keamanan, ia adalah hari berakhirnya kewarasan dan kemanusiaan. Kepada negara yang berkiblatkan Washington, ia adalah perang terhadap ancaman keganasan bagi memastikan dunia selamat untuk demokrasi.
Kepada beberapa negara sebangsa dan seagama di rantau Teluk, ia adalah hari pembalasan kepada Presiden Iraq, Saddam Hussein. Kepada masyarakat Islam keseluruhannya, ia adalah satu lagi penghinaan terhadap umat yang kini ibarat buih di lautan seperti digambarkan Rasulullah beribu tahun lalu. Tetapi bagi kumpulan Zionis dan juga neo-konservatif yang menguasai Rumah Putih, ia adalah sebahagian daripada ulangan "sejarah" sama untuk kali ketiga.
Perbandingan yang dimaksudkan ialah "sejarah" pada 1916 dan 1941, iaitu ketika Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Ketiga-tiga "sejarah" itu menyaksikan tentera Amerika menyabung nyawa memerangi "musuh" yang dikatakan mengancam kedamaian dunia dan demokrasi. Hakikatnya, pembabitan Amerika dalam pembikinan "sejarah" berkenaan adalah untuk mejayakan agenda gerakan Zionis.
Britain kekal dengan watak baik dalam sandiwara kali ini. Bezanya watak jahat diambil alih Iraq daripada Jerman yang bersama Perancis dan Russia sekadar menjadi pak pacak. Plotnya juga serupa dengan "musuh" dicanang sebagai ancaman kepada keamanan dunia dan bala tentera Amerika diheret ke kancah peperangan dengan mewujudkan "insiden" atau alasan yang tidak mungkin rakyat negara "pejuang demokrasi" yang patriotik itu dapat menolaknya.
Walaupun catatan sejarah sekali lagi cuba dipesongkan menerusi media massa yang dikuasai mereka, kebenaran masih boleh disingkap jika melihatnya daripada perspektif berbeza dan sanggup dituduh sebagai anti-Semitisme atau diperlekeh sebagai pendukung teori konspirasi yang paranoid serta mempercayai kewujudan makhluk asing dan UFO.
Biar apa pun gelaran yang diberikan dan tuduhan yang dilemparkan, realiti sesuatu lembaran sejarah wajar dipersoalkan. Benarkah peristiwa itu satu sejarah atau sesuatu yang disogokkan kepada minda kita sebagai satu sejarah? Lebih-lebih lagi apabila persoalan mengenai Iluminati dan Protokol Zion Tua yang menjadi asas Zionisme masih belum terjawab. Apakah Zionisme dan neo-konservatif itu?
Zionisime adalah pergerakan politik yang bermula di Eropah pada akhir 1800an. Pada masa itu, ia merujuk kepada perencanaan sekumpulan Yahudi untuk mewujudkan negara Yahudi di tanah Palestin. Kini, perkataan Zionisme merujuk usaha kumpulan Yahudi yang mahu memperluaskan lagi sempadan negara haram Israel. Mereka adalah Zionis yang percaya akan "Keagungan Yahudi" walaupun mereka sebenarnya bangsa yang dilaknat kerana menentang para anbia.
Perlu dinyatakan bahawa tidak semua orang Yahudi menyokong Zionisme. Malah, tentangan kuat terhadap Zionisme dan keganasan Israel datangnya daripada kalangan orang Yahudi sendiri. Antara mereka ialah penulis, ahli sejarah, hartawan dan wartawan terkenal Yahudi seperti John Sack, Alfred Lilienthal, Noam Chomsky, Israel Shahak, Benjamin Freedman, Jack Bernstein, Henry Makow dan Victor Ostovsky.
Malah wujud kumpulan agama Yahudi yang bergelar “Neturei Karta, Yahudi Bersatu Menentang Zionisme". Disebabkan pendirian itu, mereka terpaksa menghadapi kutukan dan tindakan kumpulan pencacai Zionis seperti Anti-Defamation League (ADL) yang pakar dalam soal pemfitnahan dan pengitipan untuk Israel. Mereka mengancam sesiapa saja yang menentang mereka dan menakut-nakutkan orang Yahudi supaya menyokong mereka.
Neo-konservatif pula merujuk kepada kumpulan kecil Yahudi yang memegang jawatan utama dalam Pentadbiran Bush dan kumpulan pemikir yang menggubal dasar luar negara Amerika selain menerajui akhbar utama yang berpengaruh. Mereka juga adalah satu-satunya kumpulan yang mempunyai jawapan dan penyelesaian kepada peristiwa 9/11 ketika rakyat Amerika kebingungan memikirkan mengapa mereka diserang.
Hanya sembilan hari selepas peristiwa itu, William Kristol, iaitu anak kepada pengasas kumpulan itu, Irving Kristol, menyiarkan surat terbuka kepada Presiden George W Bush dalam The Weekly Standard yang diasaskan Kristol dengan wang AS$10 juta yang didermakan mogul media, Rupert Murdoch. Antara 41 tokoh utama neo-konservatif yang menandatangani surat itu ialah Pengerusi Lembaga Dasar Pertahanan, Jabatan Pertahanan Amerika, Robert Perle.
Surat terbuka itu yang diterima baik oleh Bush dan disifatkan pemerhati politik sebagai permulaan perang terhadap Iraq, menegaskan bahawa usaha menghancurkan jaringan Al-Qaeda saja tidak memadai. Sebaliknya, Amerika perlu menumbangkan Saddam serta bertindak terhadap Syria dan Iran kerana menyokong gerakan Hizbollah.
Tahun lalu, Perle menganjurkan sesi taklimat yang antara lain mencadangkan peperangan bukan saja dilancarkan terhadap Iraq tetapi juga Arab Saudi dan Mesir bagi menguasai kawasan utama minyak dunia.
Edis khas majalah Time pada 31 Mac lalu menyiarkan rencana bagaimana neo-konservatif seperti Timbalan Setiausaha Pertahanan, Paul Wolfowitz, berusaha sekian lama bagi memastikan Amerika menyerang Iraq dan menggulingkan Saddam dengan mempengaruhi Naib Presiden, Dick Cheney.
Cheney, Setiausaha Pertahanan dalam Pentadbiran George Bush ketika Perang Teluk pada 1991, adalah antara mereka yang berpendapat peperang itu tidak perlu diteruskan selepas matlamat mengusir tentera Iraq dari Kuwait dicapai. Tetapi pendirian itu tidak dikongsi Wolfowitz yang ketika itu adalah Penolong Setiausaha bagi dasar di Pentagon.
Pada Januari 1998, Wolfowitz, bersama 17 neo-konservatif yang lain, termasuk Donald Rumsfeld yang kini Setiausaha Pertahanan, menandatangani surat terbuka kepada Presiden Bill Clinton, menggesa supaya penggulingan rejim Saddam dijadikan matlamat dasar luar Amerika.
Perlakuan neo-konservatif ini turut dipaparkan sendiri wartawan terkenal Israel, Uri Avnery, dalam beberapa artikelnya. Dalam "The Night After: The Easier the Victory, the Harder the Peace" yang disiar ketika pencerobohan terhadap Iraq, beliau merumuskan bahawa apabila perang itu berakhir dunia akan berhadapan dengan dua realiti, iaitu kekuatan tentera Amerika tiada bandingannya dan kumpulan kecil yang merancang peperangan itu, iaitu pakatan neo-konservatif dan fundamentalis Kristian atau Kristian-Zionis, kini menguasai Washington.
Katanya, gabungan kedua-dua realiti itu amat merbahaya kepada dunia, terutamanya kepada Asia Barat, rakyat Arab dan masa depan Israel kerana mereka adalah musuh kepada penyelesaian konflik secara aman, musuh kepada kerajaan Arab dan musuh kepada kem pro-kedamaian di Israel selain mahu menukar kesemua rejim negara Arab. Kesimpulannya, menurut Uri, realiti semasa itu menjurus kepada Perang Dunia Ketiga.
Rancangan mereka untuk menjadikan orang Arab dan dunia Islam sebagai musuh yang perlu diperangi, termasuk oleh penganut Kristian, bukan rahsia lagi. Pengasas fundamentalis Kristian, Jerry Falwell, dan Pat Robertson, mengapi-apikan sentimen ini di kalangan penganut Keristian tidak lama dulu dengan menuduh Nabi Muhammad SAW pengganas dan pendera kanak-kanak.
Berdasarkan penulisan penentang Zionisme yang terdiri daripada orang Yahudi yang disebut di atas tadi serta individu lain, "sejarah" 1916 dan 1941 mempunyai perspektif berbeza daripada apa yang tercatat dalam teks sejarah yang diajarkan kepada umum.
Perspektif ini dipaparkan Dr Albert D. Pastore dalam tesisnya bertajuk "Stranger Than Fiction: An Independent Investigation Of 9-11 And The War On Terrorism" yang ditulis tidak lama selepas peristiwa itu.
Tesis Dr Pastore menunjukkan bahawa peristiwa 9-11 yang dipersalahkan kepada Al-Qaeda dan Osama bin Laden, adalah satu lagi insiden perencanaan Zionis untuk sekali lagi mengheret Amerika menjayakan agenda besar mereka, sama seperti ketika Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Dr Pastore menjelaskan bahawa motif utama serangan 9-11 adalah bagi menjadikan Amerika sebagai negara yang membenci orang Arab dan Islam dan sanggup berperang bagi pihak Zionis bagi menawan sumber minyak negara Arab untuk diletakkan di bawah kawalan Zionis atau apa yang digelar Orde Baru Dunia selain menghancurkan perjuangan rakyat Palestin atas alasan memerangi keganasan.
Beliau juga menunjukkan bahawa serangan 9-11 adalah satu lagi operasi “false-flag” seperti yang pernah dilakukan Israel sebelum ini, termasuk insiden Lavon Affair dan USS Liberty. Ostovsky, bekas agen Mossad, mendedahkan pelbagai operasi seumpama itu dalam dua bukunya, "By Way of Deception" dan "The Other Side of Deception".
Kebenaran tesis Dr Pastore sukar untuk disanggah lebih-lebih lagi apa yang diperkatakan beliau selari dengan perkembangan politik dunia semasa. Realitinya kini Afghanistan dan Iraq diserang dan dijajah; Syria dan Iran diancam petaka yang sama; Palestin terus dinafikan hak terhadap tanah air sendiri; dan kini dunia Arab keseluruhannya ditekan menerima "Peta Jalan" untuk apa yang dikatakan kedamaian berkekalan di Asia Barat. Kesemua tindakan Amerika itu hanyalah menurut telunjuk Israel dan bagi menjayakan perencanaan Zionis.
Kembali kepada perbandingan "sejarah" 1916, gerakan Zionis pada akhir 1800an menghadapi masalah menjayakan rancangan jahat merampas tanah Arab Palestin yang pada masa itu berada di bawah naungan Empayar Ottoman Turki. Sebilangan Yahudi Arab yang menetap di Palestin ketika itu hidup aman damai di bawah pemerintah Islam. Penguasaan Yahudi terhadap Palestin berakhir sejak zaman Empayar Rom lagi. Hakikat ini sekaligus menafikan mitos bahawa bangsa Arab dan Yahudi berperang berabad-abad lamanya untuk menguasai Palestin.
Peluang keemasan Zionis muncul ketika Perang Besar pada 1914 di antara dua paksi tiga kuasa iaitu Jerman, Austria-Hungary, dan Empayar Ottoman Turki dengan England, Perancis dan Russia. Menjelang 1916, paksi pertama itu hampir memenangi peperangan itu dengan Russia huru hara akibat revolusi komunis, Perancis kalah teruk dan Britain pula dalam kepungan kapal selam (U-boat) Jerman.
Walaupun Jerman membuat tawaran untuk menamatkan perang, Britain yang dipengaruhi gerakan Zionis yang diketuai Chaim Weizmann (yang kemudiannya menjadi presiden pertama Israel), menolaknya. Gerakan Zionis itu menggunakan pengaruhnya bagi mengheret Amerika ke dalam peperangan menentang Jerman dan Empayar Ottoman. Sebagai balasan, kerajaan British memeterai perjanjian jahat bagi membentuk negara haram Yahudi di bumi Palestin walaupun Britain pada asalnya bercadang mendirikan negara Yahudi itu di wilayah Afrika.
Britain mengumumkan Deklarasi Balfour (sempena nama Setiausaha Luar Negaranya, Arthur James Balfour) pada November 1917, iaitu setahun sebelum Jerman menyerah kalah. Tetapi deklarasi yang membolehkan penghijrahan besar-besaran Yahudi Eropah ke bumi Arab Palestin itu selepas Britain menawannya daripada Empayar Ottoman, sebenarnya dirangka 20 bulan lebih awal, iaitu pada Mac 1916. Hasilnya, Israel terbentuk sebagai negara merdeka pada 1948.
Gerakan Zionis yang menguasai media massa antarabangsa ketika itu mencanang Jerman sebagai puak yang dahagakan darah dan ancaman kepada Tamadun Barat. Di Amerika, penguasa Zionis seperti Bernard Baruch, Louis Brandeis, Paul Warburg (pengasas Rizab Persekutuan) dan Jacob Schiff bertindak "mempengaruhi" Presiden Woodrow Wilson.
Menurut jutawan Zionis, Benjamin Freedman, yang bertindak mendedahkan perancangan jahat Zionisme beberapa tahun selepas Perang Dunia Pertama itu tamat, Presiden Wilson sebenarnya diugut bahawa hubungan sulitnya akan didedah kepada umum jika beliau tidak membawa Amerika menyertai perang itu. (Nasib yang menimpa Presiden Bill Clinton juga dikatakan kerana beliau enggan mengikut telunjuk Zionis).
Pada penghujung 1916, Amerika yang turut didorong "insiden" Lusitania pada May 7, 1915, menyertai peperangan itu di pihak Britain dengan alasan karut yang digunakan sehingga ke hari ini, iaitu "menjadikan dunia selamat untuk demokrasi".
Dalam insiden kontroversi itu, lebih 1,100 penumpang termasuk 123 rakyat Amerika terkorban apabila kapal British berkenaan ditembak U-boat Jerman. Ada yang berpendapat serangan itu dirancang kerana Lusitania sengaja belayar melalui kawasan peperangan walaupun Jerman memberi amaran termasuk menerusi iklan dalam the New York Times dan ada penumpang yang menerima nota amaran daripada pihak tertentu supaya tidak menaiki kapal itu. Kapal penumpang itu juga dikatakan membawa senjata atau bahan letupan kerana berlaku letupan kedua yang kuat walaupun U-boat Jerman hanya melepaskan satu torpedo.
Selepas pembabitan Amerika, Jerman, Austria dan Turki akhirnya tewas dalam peperangan itu dan sempadan negara mereka digaris semula menerusi Perjanjian Versailes pada 1918. Perjanjian zalim yang turut dirangka ahli perbankan Zionis itu menyebabkan Jerman kehilangan wilayah serta mengalami kehancuran ekonomi dan saki baki institusi sosial dan ekonomi yang tinggal pula dikuasai Yahudi. Keadaan ini membuatkan rakyat Jerman amat membenci Zionis.
Bagaimanapun, keadaan ini diubah Adolf Hitler yang dilantik rakyat Jerman sebagai Chanselor pada 1932. Hitler dan parti Nazinya mengambil alih penguasaan media, bank dan universiti Jerman daripada cengkaman Zionis.
Secara serentak, gerakan Zionis di seluruh dunia merancang tindakan terhadap Jerman. Boikot terhadap import barangan Jerman dilancarkan dan pada masa sama gerakan Zionis menggesa Britain dan Amerika bertindak terhadap Jerman. Peluang keemasan yang dinantikan Zionis muncul pada September 1939 apabila Jerman dan Poland berperang kerana wilayah yang diambil daripada Jerman menerusi Perjanjian Versailles pada 1918.
Bermodalkan alasan kononnya bagi melindungi Poland, Britain dan Perancis serta merta mengisytiharkan perang terhadap Jerman walaupun pada masa sama Russia turut melanggar Poland. Rayuan Jerman supaya Britain dan Perancis menarik balik perisytiharan perang itu tidak diendahkan. Sebaliknya, kedua-dua negara sekutu itu mengumpulkan bala tentera di sempadan Jerman.
Pada masa sama, Belgium, Belanda dan Norway yang berjiran dengan Jerman, ditekan supaya membenarkan tentera bersekutu membina pangkalan di wilayah mereka. Bagaimana pun, pada musim bunga 1940, Jerman melancarkan serangan pre-emptif terhadap ketiga-tiga negara berkenaan dan berjaya mengusir tentera bersekutu.
Di Amerika, seperti pada 1916, sekali lagi penguasa Zionis seperti Baruch serta rakannya, Henry Morgenthau, Eugene Myer, dan Harold Ickes, memainkan jarumnya terhadap Presiden Amerika. Kali ini, giliran Franklin Delano Roosevelt pula untuk mengheret bala tentera Amerika ke kancah perang di Eropah.
Disebabkan sentimen anti perang yang kuat di kalangan rakyat Amerika, Roosevelt dan "penasihat" Zionisnya menghadapi masalah untuk berbuat demikian. Sekali lagi, satu insiden perlu diadakan bagi meniupkan semangat patriotik di kalangan rakyat Amerika dan menghalalkan tindakan Washington.
Insiden pada 7 Disember 1941 di Pearl Harbour menjadi alasan kukuh untuk Amerika sekali lagi memasuki kancah peperangan bagi mengalahkan Jerman seperti yang diinginkan gerakan Zionis. Memandangkan Jerman dan Jepun mempunyai perjanjian pertahanan, peperangan terhadap Jepun sekaligus adalah perang terhadap Jerman.
Banyak dokumen kerajaan menunjukan Roosevelt mengetahui rancangan serangan Jepun terhadap Pearl Harbour tetapi membiarkannya berlaku bagi dijadikan alasan untuk Amerika menyertai Perang Dunia Kedua. Lebih-lebih lagi, tindak balas Jepun itu semangnya dijangka apabila Roosevelt mengenakan sekatan minyak terhadap Tokyo.
Beberapa jam sebelum membunuh diri pada April 30, 1945, Hitler dalam amanat politik terakhirnya menyatakan Zionis bertanggungjawab menyebabkan Perang Dunia Kedua. Petikan satu perenggan daripada tulisan beliau itu cukup untuk mewajarkan kita menilai semula sejarah berkenaan.
"Adalah tidak benar bahawa saya atau sesiapa yang lain di Jerman inginkan peperangan pada 1939. Ia hanya diinginkan dan diapi-apikan oleh negarawan antarabangsa samada daripada keturunan Yahudi atau yang bekerja untuk kepentingan Yahudi. Saya juga tidak pernah mengharapkan, selepas petaka Perang Dunia Pertama, akan adanya peperangan kedua terhadap England atau Amerika."
Mungkin, Saddam juga wajar menulis amanat politik seperti Hitler supaya misteri di sebalik kejatuhan rejimnya secara tiba-tiba tanpa memberi tentangan hebat kepada tentera Amerika dan sekutunya seperti yang dihebohkan sebelum kejatuhan Baghdad, dapat dirongkai. Apakah Saddam juga sebahagian daripada perencanaan Zionis?
Banyak petunjuk yang mengaitkan bahawa tindakan Amerika menyerang Iraq adalah untuk kepentingan Israel. Selain menjanjikan bekalan minyak murah kepada Tel Aviv, penguasaan Amerika terhadap Iraq juga melemahkan sokongan negara jiran dan kumpulan pejuang seperti Hezbollah kepada perjuangan Palestin menentang rejim Israel.
Amerika tentunya tidak akan berhenti di Iraq saja walaupun sudah mengakui Iraq tidak memiliki senjata pemusnah yang dijadikan alasan untuk peperangan itu dan mengendurkan ancaman terhadap Syria yang dituduh membekalkan senjata kepada Iraq ketika peperangan meletus dan melindungi pemimpin rejim Saddam di akhir peperangan.
Apa yang pelik, Al-Qaeda tiba-tiba kembali aktif dengan siri serangan bom berani mati di Riyadh dan Casablanca. Amaran lebih banyak serangan juga dikeluarkan Washington yang turut meningkatkan kembali tahap berjaga-jaga di Amerika, seolah-olah Al-Qaeda kembali gagah kerana dibantu negara tertentu dan mengancam keselamatan negara hyper power itu.
Rumsfeld pula memberi amaran kepada Iran yang didakwanya melindungi anggota Al-Qaeda, tuduhan yang tidak masuk akal kerana golongan Syiah Iran tentunya tidak akan bersekongkol dengan golongan Wahabi Al-Qaeda jika benar ia kumpulan yang diasaskan Osama.
Washington juga memberi amaran kepada Iran supaya tidak masuk campur tangan dalam pembentukan kerajaan baru Iraq kononnya tidak mahu rejim baru Baghdad mengikut acuan republik Islam itu walaupun majoriti rakyat Iraq adalah golongan Syiah.
Tehran turut diancam kerana kononnya membangunkan program senjata pemusnah, alasan sama yang digunakan untuk menyerang Iraq, walaupun loji tenaga nulear yang sedang dibina Iran dengan bantuan kepakaran Russia, pernah dicadangkan Amerika ketika rejim Shah Iran.
Washington juga dengan angkuh menyatakan hasrat untuk menukar rejim pemerintah Iran sekarang. Walaupun tidak menyatakan akan mengambil tindakan ketenteraan, Amerika tidak segan silu mengumumkan sedang berusaha mengadakan apa yang dikatakan kebangkitan rakyat untuk menggulingkan kerajaan mereka sendiri.
Apakah akan berlaku lagi "insiden" selepas ini yang mewajarkan Amerika untuk sekali lagi menggunakan kekuatan tentera untuk menghancurkan musuh yang dikatakan mengancam keamanan dunia dan demokrasi? Apa yang pasti, "sejarah" 2003 masih dilakarkan selepas dimulakan dengan "insiden" 2001. - WHB